loading...

Tuesday, 23 August 2016

'Jangan Tarik!' - Lelaki Panik Selepas Alat Sulitnya Tercangkuk Pada Mata Kail ketika Sedang Berenang Dalam Tasik

Tasik itu menjadi tarikan mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasannya yang tertutup

Jerman, 23 Ogos - Seorang lelaki panik selepas alat sulitnya tercangkuk pada mata kail ketika dia sedang berenang di sebuah tasik di utara Augsburg di selatan Jerman pada minggu lepas.

Herbert Fendt (nama samaran) pada mulanya menyangka rasa sakit di bahagian sensitifnya itu disebabkan oleh lalang atau ranting di tasik itu.

Namun setelah diteliti, Fendt yang bertelanjang ketika itu, terkejut apabila mendapati rupanya sebentuk mata kail yang tersangkut pada alat sulitnya.

"Saya menjerit ke arah pemancing di tebing ' jangan tarik, jangan tarik!' Saya sangat takut jika dia cuba menarik jorannya itu", kata Fendt.

Fendt kemudian berenang ke tebing namun tidak dapat membuang mata kail itu.

Dia kemudian memotong tali tasi yang menyimpul mata kail itu dan terpaksa mengajuh basikal ke rumah dalam keadaan mata kail itu masih lagi melekat di bahagian sensitif itu.

Fendt kemudian memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor juga tidak dapat menahan dari senyum kecil apabila dia melihat apa yang terjadi", kata Fendt.

Doktor kemudian membuang mata kail itu dan membersihkan luka di alat sulit Fendt.

Fendt dilarang dari mandi atau berenang selama seminggu, tapi berkata dia akan turun semula ke tasik itu untuk berenang selepas semuanya pulih.

Fendt juga berkata pemancing itu kurang bersimpati ke atas apa yang menimpanya.

"Pemancing itu memberitahu saya yang tasik itu bukan tempat untuk mandi dan dia ada hak untuk memancing di tempat itu.

"Saya cuba menerangkan kepadanya yang dia juga perlu mengambil kira perenang-perenang yang menggunakan tasik itu, dan saya tidak tahu menahu tentang larangan untuk mandi di tasik itu. Tapi dia tidak kisah", tambah Fendh.

Tasik yang berada berdekatan dengan kampung Dickelsmoor itu popular dalam kalangan perenang.

Presiden persatuan pemancing tempatan, Sylvia Fischer berkata tasik itu dimiliki oleh pemancing tetapi ia selalu digunakan oleh mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasan itu tertutup.

"Kami para pemancing faham dengan apa yang terjadi. Kami pun pernah tercangkuk mata kail beberapa kali di jari, jadi kami boleh bayangkan yang insiden itu agak menyakitkan.

"Sudah tentu, pemancing perlu peka dengan mereka yang mandi manda, tetapi tasik itu secara rasminya tempat untuk memancing, jadi yang mahu berenang boleh berenang atas risiko sendiri", kata Fischer. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail, Focus.de, augsburger-allgemeine.de

loading...

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...