loading...

Wednesday 24 August 2016

Ashraf Muslim hubungi bekas kekasih putus cinta?

Pada: Khamis, 25 Ogos 2016
Ashraf Muslim, Bekas Kekasih, Gossip Artis, Pelakon, Putus Cinta, Sherry Ibrahim, Whatsapp,
Ashraf Muslim menafikan dakwaan dia kembali menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,"

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Tag : Ashraf Muslim , Bekas Kekasih , Gossip Artis , Pelakon , Putus Cinta , Sherry Ibrahim , Whatsapp

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...