loading...

Thursday 25 August 2016

Inilah bakal suami Lufya Omar, Doktor.... (3 gambar)

Pada: Jumaat, 26 Ogos 2016
Akademi Fantasia, Calon Suami, Doktor, Gambar Artis, Instagram, Lufya, Pelakon,
Lufya Omar berkongsi gambar bersama tunangnya di Instagram. Menjalin ikatan dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz, sejak Ramadan lalu, katanya perkongsian itu dilakukan sekadar rakaman kenangan selain berharap peminat mendoakan mereka.

"Syukur perkenalan kami yang bermula dua tahun lalu dimeterai dengan ikatan pertunangan. Tunang saya seorang doktor yang turut menceburi bidang peragaan secara sambilan.

"Kami memang serius mahu membina keluarga bersama-sama malah ketika ini persiapan ke arah majlis perkahwinan juga sudah dimulakan. Mudah-mudahan apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.

"Andai mengikut perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak, majlisnya memang bakal dilangsungkan tahun ini cuma tarikhnya hanya akan dikongsikan selepas segala urusan diselesaikan," katanya memetik Bharian

Tag : Akademi Fantasia , Calon Suami , Doktor , Gambar Artis , Instagram , Lufya , Pelakon

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...