loading...

Thursday 25 August 2016

4 Rahsia Pasangan Berusia Masih Mampu Mengalami Seks Yang Hangat

hangatkan seks

Bagaimana kehidupan seks anda dengan tiba-tiba bertukar menjadi hambar? Hakkatnya hampir 57 peratus lelaki yang berada dalam hubungan jangkamasa panjang tidak berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.

Manakala hampir 32 peratus lagi berkata mereka masih berupaya mendapatkan kepuasan seksual yang sama seperti yang mereka alami ketika di awal musim perkahwinan mereka.

Ikuti tabiat yang mereka amalkan untuk mendapatkan seks yang lebih memuaskan – tidak kira berapa lama anda telah bersama dengan pasangan anda itu.

tunjukkan sayang

1. Mereka Menunjukkan Sayang Mereka Setiap Masa

Salah satu petunjuk terbesar yang boleh memastikan kepuasan seksual bukanlah mainan ataupun sesuatu yang menjijikkan. Ini adalah tentang bagaimana perhubungan pasangan tersebut ketika berada di luar bilik tidur.

Ambil masa untuk menunjukkan kasih sayang anda padanya pada setiap masa – bukan hanya ketika anda mahukan seks.

bincang pasal seks

2. Mereka Berbincang Mengenai Seks

Kurang dari 40 peratus lelaki yang dibanci pernah meminta sesuatu yang mereka inginkan di bilik tidur pada bulan lepas.

Lebih banyak pasangan itu bercerita mengenai seks – tidak kira samada meminta sesuatu untuk dilakukan, memuji si dia ataupun meminta maklumbalas pasangan – ia akan memberikan lebih kepuasan kepada pasangan tersebut

kenikmatan isteri

3. Fokus Pada Kenikmatan Si Dia

Salah satu perkara terbesar yang menandakan samada si dia mengalami kepuasan seksual adalah jika si dia berupaya untuk mencapai orgasma.

Orgasma jarang dikaitkan dengan kepuasan kaum lelaki kemungkinan kerana ia mudah untuk dicapai oleh kebanyakan lelaki. Namun ia lebih sukar kepada kaum wanita kerana kita perlu memahami anatomi tubuh mereka untuk mengetahui cara mengendalikan mereka.

mood cinta

4. Mereka Merancang Suasana Seks

Menyalakan lilin sambil memutarkan muzik yang romantik boleh meransang seseorang wanita untuk melakukan hubungan seks dengan anda. Menghidupkan mood dan suasana dapat membantu anda untuk menggoda pasangan anda untuk ke atas katil.

Tidak ramai yang mengambil masa untuk melakukan perkara tersebut namun ia benar-benar berkesan untuk menghangatkan hubungan seks anda.

TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...