loading...

Monday 29 August 2016

Sekitar dan komen Along perceraiannya dengan Zila

Pada: Selasa, 30 Ogos 2016
Along Raja Lawak, Berita Artis, Mahkamah, Pelawak, Perceraian Artis, Video Artis, Zila AF4,
Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4), kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin Semalam.

Lafaz berkenaan dibuat Along di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Zila yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya.

Along memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Dalam pada itu, Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa hari ini.

Mereka juga diminta untuk mendaftarkan perceraian tersebut di kaunter mahkamah selain sijil pernikahan dilupuskan.

Terdahulu, Abdul Halim turut mendengar sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan Along pada 12 Mei lalu dan membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Dalam perkembangan sama, peguam syarie Roshdan Sujak ketika ditemui berkata, hak penjagaan anak pasangan itu juga sudah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Julai lalu.

Katanya, hak penjagaan kekal Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun diberikan kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan. -mStarOnline

video

Tag : Along Raja Lawak , Berita Artis , Mahkamah , Pelawak , Perceraian Artis , Video Artis , Zila AF4

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...