loading...

Thursday 25 August 2016

4 Senaman Kardio Yang Membakar Lebih Kalori Lebih Daripada Anda Berlari

senaman kardio

Kita semua merupakan peminat kepada aktiviti larian. Ia membenarkan anda untuk menghilangkan tekanan dan senaman bersifat ketahanan dengan hanya menggunakan kasut sukan dan jalan raya sahaja.

Ia juga boleh membantu anda membakar banyak kalori juga. Dengan larian sekurang-kurangnya 10 minit setiap satu batu – anda boleh membakar sehingga 10 kalori setiap satu minit.

Lebih senang untuk dirumuskan, lebih laju anda berlari maka anda berpotensi untuk membakar lebih banyak kalori.

Namun jika anda tidak berminat dengan aktiviti berlari, maka anda boleh melakukan banyak lagi jenis senaman yang boleh membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori dengan lebih berkesan berbanding berlari.

hayiunan kettlebell

1. Hayunan Kettlebell

Oleh kerana tubuh kita tidak biasa dengan gerak langkah yang sebegini, maka ia cukup berkesan untuk membakar kalori dan lemak terutama pada bahagian punggung, peha and pinggang.

Gerakan ekstrem yang dilakukan ketika menghayun kettlebell boleh membantu menghilangkan lemak yang terkumpul di perut dan juga peha.

dayungan tertutup

2. Dayungan Tertutup

Aktiviti “indoor rowing” ini boleh membantu dalam proses membakar hampir 377 kalori melalui 30 minit dayungan padu.

Oleh kerana mendayung memerlukan anda menggunakan sepenuhnya kekuatan otot tangan, kaki dan belakang maka ia boleh menjadi salah satu latihan senaman yang berkesan.

burpees

3. Burpees

Latihan seperti ini boleh membantu orang yang mempunyai berat badan sebanyak 180 paun untk membakar hampir 1.43 kalori setiap satu burpee. Jika anda mampu lakukan lebih dari 7 kali maka anda boleh mencapai angka dua digit dengan lebih cepat.

Dengan melakukan 10 burpee dengan kadar yang laju boleh memacu kadar metabolisma anda sebanyak seperti kayuhan basikal selama 30 saat.

kayuh basikal

4. Airdyne Bike Sprints

Ia mungkin kedengaran agak gila untuk anda, namun ia mampu untuk membakar hingga 87 kalori dalam satu minit melalui basikal ini yang meningkatkan daya ketahanan apabila semakin laju pedalnya dikayuh.

Kuncinya adalah anda harus memberikan segalanya yang anda ada termasuk fokus, kekuatan dan keinginan dalam masa 60 saat itu.

TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...