loading...

Wednesday 24 August 2016

4 Langkah Untuk Menggoda Si Dia Ketika Malam Pertama

malam pertama

Perkahwinan bukanlah merupakan salah satu daripada perkara terbesar yang berlaku di dalam hidup anda, malah ia adalah permulaan kepada beberapa pengalaman lain juga.

Dengan itu, malam pertama anda adalah permulaan untuk segala-galanya. Ia penting untuk menjadikan malam tersebut sesuatu yang indah dan penuh dengan memori bahagia.

Kepada lelaki yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, anda perlulah berusaha keras untuk menghilangkan rasa gelisah dan gugup ketika menghadapi malam pertama kerana tanggungjawab itu terletak di bahu anda.

Untuk membantu para suami di luar sana, berikut ada beberapa tip yang anda boleh ikuti untuk menggoda isteri anda pada malam pertama.

mula perlahan-lahan

1. Bermula Dengan Perlahan-lahan

Ia sudah menjadi kebiasaan untuk anda berasa gelisah ketika menghadapi masa untuk bermesraan dengan isteri anda pada ketika itu.

Dekati isteri anda dengan perlahan-lahan dan dengan tenang. Ini bukanlah tentang kemesraan fizikal dan memuaskan nafsu semata-mata.

Ini adalah permulaan suatu asas perhubungan untuk jangkamasa panjang.

selesa

2. Berikan Keselesaan Kepadanya

Ini adalah penting untuk memastikan isteri anda berasa selesa ketika melayari malam pertama bersama anda. Si dia pun turut memiliki perasaan berdebar yang sama seperti anda juga.

Cuba untuk legakan perasaan si dia dahulu. Hilangkan rasa gugup si dia dan bercakap dengannya seperti dia adalah rakan anda.

Biarkan si dia selesa bila bersama anda dahulu sebelum memulakan sebarang langkah intim.

ciuman

3. Satu Langkah Demi Satu Langkah

Mulakan sesi tersebut dengan menggodanya terlebih dahulu. Mulakan dengan sedikit pujian dan jaga “eye contact” anda ketika bersama.

Tunggu sehingga sifat-sifat malunya hilang dan dia mula berasa selesa bersama anda.

Sikap bersahaja anda dapat membantu si dia untuk membuka hati mereka sedikit demi sedikit untuk bercantum dengan anda secara emosi dan juga fizikal.

hadiah berharga

4. Hadiah Yang Berharga

Sudah menjadi kebiasaan dalam setiap tradisi kepada seorang pengantin lelaki untuk menghadiahkan sesuatu pada pengantin perempuan ketika malam perkahwinan.

Ia adalah cara yang paling sesuai untuk menjadikan isteri anda berasa diri mereka cukup dihargai dan selesa bersama anda.

TAKKAN BACA JER! KOMEN LA SIKIT BRO

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...