loading...

Saturday 27 August 2016

Shukri Yahaya kongsi detik menyambut kelahiran anak

Pada: Ahad, 28 Ogos 2016
Anak Artis, Berita Artis, Bersalin, Pelakon, Shukri Yahaya,
Minggu lalu, hari Rabu, isteri Shukri Yahaya selamat melahirkan anak sulong mereka. Namun yang paling manis sekali, Shukri berada di samping isterinya itu ketika bersalin.

Diberitahu, Shukri menceritakan pengalamannya ketika menyambut kelahiran anak mereka itu.

“Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita itu melahirkan anak.

Tentunya saya gembira namun pada masa yang sama berasa gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah

Walaupun penat semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran bayi ini. Saya bersyukur segalanya telah berjalan dengan lancar.

Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga,” katanya kepada Harian Metro

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Bersalin , Pelakon , Shukri Yahaya

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...