loading...

Sunday 2 October 2016

‘Tapi Hakikatnya Rasa Keseorangan & Sunyi’ -Nelydia




SEBELUM ini, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Nelydia Senrose dan  bekas kekasihnya, Qi Razali masih lagi menjalinkan hubungan cinta dalam diam dan tidak memberitahu perkara tersebut kepada umum.



Menafikan perkara tersebut, Nelydia memberitahu bahawa dia lebih gembira dengan status solonya sekarang tanpa sebarang hubungan cinta tetapi menjelaskan dia juga tidak berasa serik untuk bercinta lagi selepas ini.



“Ketika putus cinta, memang rasa kecewa dan tertekan. Saya menangis dan duduk di dalam bilik sahaja kerana terlalu sedih.




“Kita harap kesudahan yang baik dengan hubungan itu, tetapi ia tidak kesampaian pula. Siapa tak sedih kan.



“Jika ingat semula, rasa nak putus harapan pun ada. Bila orang tanya mungkin kita boleh tipu yang kita okey, tapi hakikatnya rasa keseorangan dan sunyi.



“Rahsia Allah lebih besar. Mungkin Allah mahu menguji saya dan ia akan menjadikan saya lebih matang,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.



Tambahnnya, dia juga masih terbuka menerima kehadiran sesiapa sahaja dalam hidupnya tetapi buat masa ini lebih seronok menjalani kehidupannya tanpa terikat dengan sebarang komitmen dalam percintaan. 

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...