loading...

Wednesday 26 October 2016

Selepas berkahwin ini yang Aliff Aziz dapat...


Aliff Aziz mengakui selepas mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah sejak sebulan lalu lebih banyak menerima rezeki dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Bagaimanapun, Aliff bersyukur dan menerima apa juga rezeki yang sudah ditetapkan Allah dalam industri seni ini.
"Orang cakap ada rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk orang yang ingin berkahwin dan orang yang sudah berkahwin, saya percaya Allah sudah aturkan semuanya macam sekarang banyak rezeki saya dalam bidang lakonan.
"Selepas drama bersiri Meh Sandar Pada Aku bersama Mira Filzah, saya menerima tawaran untuk telefilem berjudul Love You Miss Pomen yang akan bersiaran tahun depan," ujarnya kepada mstar Online.

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...