loading...

Thursday 20 October 2016

Sebab kenapa Mia Ahmad umum kahwinnya semalam...

Pada: Jumaat, 21 Oktober 2016
Bekas Kekasih, Gossip Artis, Mia Ahmad, Pelakon, Pemain Bola Sepak, Saharul Ridzwan,
Semalam Mia Ahmad membuat pengakuan akan berkahwin dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan adalah untuk berharap tiada mana-mana pihak akan mengaitkannya dengan aktor Saharul Ridzwan .

Mia tidak mahu kisah lama yang mengaitkan dia dan Saharul akan terus menjadi bualan kerana aktor itu sudah pun berumah tangga.

"Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul.

"Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tag : Bekas Kekasih , Gossip Artis , Mia Ahmad , Pelakon , Pemain Bola Sepak , Saharul Ridzwan

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...