loading...

Sunday 16 October 2016

Inilah selebriti yang meninggal dunia kemalangan motosikal semalam..

Pada: Isnin, 17 Oktober 2016
Berita Artis, Kemalangan, Lan Kristal, Motorsikal, Penyanyi,
Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah kereta.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dan dalam perjalanan ke Kuala Klawang, cedera parah di anggota badan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh beberapa rakan yang turut mengikuti konvoi bermotosikal itu," katanya

Othman berkata, pemandu kereta yang terbabit kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -bharian

Tag : Berita Artis , Kemalangan , Lan Kristal , Motorsikal , Penyanyi

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...