loading...

Saturday 8 October 2016

SEDIH! Majikan Makan Besar, Amah Berputih Mata



VIRAL menerusi laman sosial mengenai kisah seorang amah dibiarkan sendirian dan hanya mampu melihat dari jauh majikannya menjamu selera di sebuah restoran di Indonesia.



Foto yang menyentuh hati itu bukan hanya viral di republik tersebut, tetapi juga di seluruh dunia. Beberapa media asing turut melaporkan perkara yang sama.



Gambar itu pada asalnya dimuat naik oleh seorang individu dikenali sebagai Michael Fanny.



Menerusi foto yang tersebar, amah itu dilihat duduk terpisah dari majikannya di meja berasingan tanpa sebarang makanan pun di hadapannya, sementara majikannya pula makan besar.




Menurut Daily Mail, catatan status Fanny itu sudah dikongsi lebih 60,000 kali dengan puluhan ribu memberi pelbagai reaksi, rata-rata simpati dengan pembantu rumah berkenaan serta mengecam majikannya.



Majikan Makan Besar, Amah Berputih Mata



“Pembantu anda adalah sebahagian daripada kehidupan anda, mencerminkan sifat kemanusiaan anda. Bayangkan anda di tempatnya, tiada telefon bimbit, tidak diajak makan. Mata hanya mampu memandang melihat sekeliling,” tulis Fanny di Facebooknya.


Berita ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di seluruh dunia. Ada yang menyalahkan pihak majikan dan ada yang beranggapan tindakan itu bukan satu kesalahan.



“Mungkin dia akan makan selepas itu kerana tugasnya ialah untuk menjaga anak-anak,” kata seorang pembaca.



Manakala seorang pembaca dari Amerika Syarikat menulis, “Kejam sekali majikan ini. Saya menjaga haiwan peliharaan saya lebih baik daripada ini.”



Dalam pada itu, menerusi posting yang sama,  Fanny juga menyeru agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menghakimi majikan itu.



“Tolong jangan hakimi keluarga majikan itu, kita ambil nilai positif dan buang nilai negatif daripada kejadian ini.”

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...