Kuala Lumpur – Memiliki raut wajah dan nama seakan-akan gadis Melayu, Jasmine Suraya Chin, 26, dikecam teruk apabila memuat naik gambar berpakaian seksi dilaman Instagram dan Facebook miliknya (FB).
Pengikut yang menyangka Jasmine beragama Islam turut bertanya kenapa dia tidak menutup aurat.
Namun, pengacara sukan bola sepak dan pelakon kelahiran Bumi Kenyalang serta beragama Kristian ini tidak pernah terasa hati kerana sedia maklum ramai tidak mengetahui latar belakangnya.
“Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa.
“Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik. – Harian Metro
0 comments:
Post a Comment