loading...

Friday 7 October 2016

Saya bukan jenis cari kontroversi – Nadia Brian



Pelakon baharu Nadia Brian, 25, berpendapat seseorang artis itu akan lebih dipandang mulia jika bermula dari bawah dengan membawa bakat yang ada dan bukannya mencetus kontroversi.



Memetik laporan Utusan, pelakon drama Sweetie Nanie ini berkata, dia bukanlah jenis mencari kontroversi. Malah dia tidak kisah jika popularii yang diraih lambat kerana yang penting dia mahu membuktikan kebolehannya dalam dunia lakonan.



“Tidak dinafikan, kontroversi sedikit sebanyak membantu untuk memperkenalkan artis dalam bidang seni.



“Saya bukan jenis yang mencari kontroversi kerana saya lebih yakin dengan kebolehan diri, mungkin kerana saya belajar dalam bidang seni, jadi keyakinan itu lebih.


Image result for Nadia Brian



“Biarlah lambat mencipta nama, janji setiap apa yang saya ketengahkan (lakonan) dapat memberi kesan kepada penonton. Saya mahu lakonan itu yang mengangkat nama saya dalam bidang seni, bukan cerita yang bukan-bukan,” katanya yang pernah membintangi drama Akulah Balqis.

Dalam pada itu, kata Nadia meskipun lakonannya mendapat pujian ramai, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi tidak mudah leka dengan sanjungan.

“Sebagai orang baharu dalam bidang lakonan, banyak lagi kelemahan saya. Saya kagum dengan kak Erra Fazira kerana sekelip mata saja dia boleh berubah karakter. Sewaktu kami berlakon sama dalam drama Rumi Jawi, banyak ilmu yang dapat saya kumpul.

“Orang sebegitu yang patut kita dekati kerana ilmu yang mereka ada amat berguna untuk orang baharu seperti saya.

“Sebab itu, bila berlakon dengan pelakon ternama, saya tidak akan segan untuk bertanya kepada mereka kerana itu semua diperoleh dengan pergaulan sahaja,” tuturnya.

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...