loading...

Saturday, 8 October 2016

"SAYA MASIH ADA OTAK, BUKAN JENIS PENGACAU" - FAYE KUSAIRI



Kita sedia maklum mengenai kenyataan Faye yang mengakui bahawa bekas suaminya Elly Mazlein, Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah itu merupakan kekasih hatinya. 

Susulan daripada tindakannya itu, situasi yang tercetus dilihat semakin tegang apabila Elly turut berbalas kenyataan di laman sosial miliknya. 

Apa yang dikongsikan Elly itu seolah-olah satu bentuk sindiran buat Faye yang akhirnya mengakui mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Dengan nada sinis, Elly mengucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan Faye selama ini. 


Keadaan itu secara tidak langsung meninggalkan tanda tanya kepada Faye sendiri yang tidak begitu mengerti dengan apa sebenarnya yang cuba disampaikan penyanyi itu. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Elly itu secara tidak langsung membuatkan masyarakat di luar sana membuat spekulasi dan tanggapan mereka tersendiri. 

Lebih menyedihkan, aktres berusia 29 tahun itu memberitahu, apa yang dilaluinya ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana, dia banyak menerima kata-kata kecaman daripada pihak luar yang seolah-olah meletakkan dirinya sebagai punca segala-galanya. 

Ini kerana sebelum ini memang pernah timbul gosip yang mendakwa pelakon ini menjadi punca kepada perceraian rumah tangga antara penyanyi dan pengarah. Sungguh pun begitu, perkara itu pernah dinafikannya sebelum ini ketika isu itu muncul sekitar Mac lalu. 



 



"Saya nak tahu juga apa yang dia (Elly) marah sangat kepada saya? Saya bukannya perampas. Saya dengan Azmi mula serius baru-baru ini sahaja. Hubungan kami masih terlalu baharu lagi. Sebab itu saya nafikan yang saya ini menjadi punca kepada perceraian mereka. 

"Saya masih ada otak untuk berfikir. Saya bukannya jenis yang akan kacau hal rumah tangga orang lain. Orang di luar sana mungkin boleh kata apa yang mereka mahu, menjatuhkan hukum kepada saya, tetapi perkara ini saya sendiri yang rasa. 

"Saya kesian pada orang yang berada di kiri dan kanan saya yang terpaksa berdepan dengan perkara ini juga terutama keluarga saya apabila orang mula bercakap yang kononnya saya ini anak jenis apa? Jenis rampas hak orang? Saya bukan perampas," luah Faye. 



 


Menurut Faye, sebolehnya, dia enggan memanjangkan lagi apa yang berlaku sekarang ini. Atas sebab itu jugalah, dia mengambil pendekatan untuk tidak memuatnaik sebarang status di laman sosial seperti apa yang dilakukan Elly. Ini kerana, katanya, banyak hati yang perlu dijaga. 


"Saya banyak berdiam sebab saya tidak mahu cerita-cerita begini memberi kesan kepada dua orang anaknya yang lain. Mungkin yang masih bayi itu tidak mengerti apa yang berlaku, tetapi ada dua orang anak lagi yang sudah besar dan boleh berfikir. Terpulanglah dia mahu kata apa selepas ini," katanya. 


Elly bercerai dengan Azmi pada 15 Oktober tahun lalu iaitu tidak sampai setahun selepas mereka mendirikan rumah tangga pada November 2014. 



 
Sumber: Kosmo 

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...