loading...

Friday 7 October 2016

Maklumat Rompakan Kim K, Pornhub Tawar AS$50K



SEBUAH laman web dewasa, Pornhub menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM207,941) kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung sekumpulan lelaki yang memecah masuk bilik hotel selebriti realiti, Kim Kardashian di Paris.



Mirror.co melaporkan laman web berkenaan menyatakan rasa terkejut dengan insiden menakutkan yang menimpa Kim.



Menurutnya, Kim dianggap seperti sebahagian daripada keluarga Pornhub selepas video seks bersama bekas teman lelakinya, Ray J mendapat tonton ramai di laman web itu pada 2007.



“Kami mahu membantu sedaya termampu bagi memastikan penjenayah itu di heret ke muka pengadilan.




“Kami meminta semua peminat seluruh dunia bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat supaya penjenayah itu dapat ditangkap,” katanya.



Isnin lalu, Kim yang menghadiri Minggu Fesyen Paris dirompak sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menyamar memakai uniform polis dan bertopeng.



Dalam kejadian itu, Kim kehilangan set barangan kemas bernilai 6 juta euro (RM28 juta) dan sebentuk cincin berlian berharga RM4 juta euro (RM18.49 juta).



Sejak insiden itu, Kim kelihatan mendiamkan diri di media sosial.-MYNEWSHUB.CC

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...