loading...

Sunday 2 October 2016

‘Kau Dah Langgar, Kau Biar Kakak Aku Dalam Longkang’



Seorang lelaki berang apabila mengetahui kakaknya menjadi mangsa kes langgar lari.

Lelaki terbabit yang bernama Kamarul Ariffin berkongsi gambar kakaknya yang menjadi mangsa kemalangan itu di laman sosial Facebook.

Jika dilihat, kakaknya itu merupakan seorang jururawat dan masih memakai uniform jururawat ketika kemalangan.

Wanita tersebut dilihat terbaring di dalam longkang dan tidak sedarkan diri.

Kamarul juga menghentam orang yang langgar lari tersebut. Ini tulisnya:

“Di dunia mungkin kau lepas, tapi kat akhirat kau jawablah nanti”

“Kepada yang langgar kakak aku pagi tadi… Aku harap tuhan sahaja yang membalasnya.”

“Sudah kau langgar lepas tu kau biarkan dia dalam longkang… lepas tu ko lari..”

“Sampai sekarang kak aku tak sedarkan diri,”

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku di Kuala Krai, Kelantan.








loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...