loading...

Wednesday, 5 October 2016

Kapal Kemanusiaan Zaytouna-Olivia Ditawan Rejim Israel



TEL AVIV – Kapal Zaytouna-Olivia ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) telah berjaya ditawan pasukan tentera rejim Israel kira-kira pukul 3.58 petang (8.58 malam waktu Malaysia), pada Rabu.



Flotila kemanusiaan berserta tiga krew dan 10 anak kapal tersebut dijangka dibawa oleh pasukan keselamatan Zionis menuju ke pelabuhan Ashdod, yang terletak berhampiran selatan Tel Aviv, ibu kota Israel.



Kapal layar berkenaan ditawan ketika melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza dan pada kedudukan itu, kapal tersebut sebenarya secara teknikal sudah memasuki garisan perairan yang dikawal ketat rejim Israel.




Wakil tunggal Malaysia dan rantau Asia tenggara, Dr. Fauziah Mohd. Hassan turut berada dalam kapal berkenaan.


WAKIL tunggal Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan.



WAKIL tunggal Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan.

Selain beliau, sekumpulan aktivis wanita dari Tunisia, Isreal, Algeria, Kanada, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand, Turki dan Australia turut berada di atas kapal tersebut.

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September lalu dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali.

Pengesahan mengenai insiden tawanan tersebut dibuat melalui Facebook rasmi Rose2Rose, sebuah badan bukan kerajaan Malaysia sekitar jam 9 malam Rabu waktu Malaysia. – Mynewshub.cc

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...