loading...

Friday 7 October 2016

Johan Dinobat Juara Super Sponton Superstar




TAHNIAH diucapkan kepada pelawak Johan yang telah dinobat juara Super Sponton Superstar, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta sebuah trofi, malam tadi.



Keputusan tersebut sekali gus meletakkan pesaingnya Abam berada si tempat kedua dan memenangi wang tunai RM 50,000 beserta trofi.



Sementara tempat ketiga menjadi milik Achey yang membawa pulang RM25,000 dan trofi.




Fad, Ozlyn dan Tauke pula berada di tempat keempat, kelima dan keenam. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi.



Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan para peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.



Beberapa artis undangan Aida Jebat, Zizan Razak, Tomok, Black dan kumpulan Khalifah turut memeriahkan pentas akhir.



Pertandingan ini diadakan secara langsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.



Program realiti berlangsung selama 10 minggu dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 135). – MYNEWSHUB.CC

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...