loading...

Thursday, 6 October 2016

Fasha Sandha bagi tips kepada ibu tunggal untuk bersemangat dalam hidup....


Ramai yang menyangka hidup sebagai ibu tunggal aka janda memiliki beban dan tanggungjawab yang besar dalam menjaga anak-anaknya. Namun bagi Fasha Sandha, dia tidak mahu masyarakat berfikiran sebegitu.

Tambah Fasha lagi, perpisahan bukan bermakna beliau harus berendam dengan air mata sahaja, apa yang penting ialah seseorang itu harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil.

"Saya sedar ramai yang memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai wanita seperti saya. Apabila berpisah bukan bermakna saya perlu berendam air mata atau bersedih dengan perkara tersebut sebaliknya menguatkan lagi diri untuk menjadi yang terbaik.

Bagi saya yang paling penting pastinya pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil. Kalau kedua-dua perkara itu seiring, insya-Allah tidak akan menjejaskan kita. Selebihnya kita perlu melalui hari-hari mendatang dan terus membesarkan anak-anak seperti biasa.

Dalam keadaan ini, saya beruntung kerana mereka sentiasa ada dengan saya. Ahli keluarga yang lain juga sentiasa menemani dan saya sendiri tidak pernah memisahkan kasih sayang dengan bapa mereka.

Sebab itu saya tidak berhadapan dengan masalah yang besar apabila bergelar ibu tunggal. Yang paling penting jaga emosi dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan." kata Fasha kepada Utusan Online

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...