Nampaknya setelah Faye Kusairi mengakui dirinya menjalin cinta dengan bekas suami Elly Mazlein, Elly nampaknya memberi peringatan kepada pelakon berkenaan agar menjaga bekas suaminya dengan baik di laman Instagram.
Rata-rata peminat mengetahui bahawa nasihat tersebut hanyalah sekadar sindiran kepada Faye yang sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta.
“Terhutang budi, terima kasih ya. Kakak Lina sayang kakak Faye ketat-ketat. Jaga Amzi Hatta baik-baik tau. Kakak Lina doakan kakak Faye bahagia tau. Meh cium cikit kakak Faye,” tulis Elly Mazlein di Instagram.
Sebelum ini, Faye sendiri menyatakan bahawa dia berkenalan dengan bekas suami Elly setelah mereka bercerai. Tambah Faye dia juga malas melayan kerenah Elly yang sering kali menyerangnya.
“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang. Saya malas hendak komen apa tujuan Elly yang kerap kali menyerang saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang sekeliling saja yang mengetahuinya,” katanya kepada mStar Online. (Sumber Rotikaya)
0 comments:
Post a Comment