loading...

Wednesday 7 September 2016

Calon suami Fara Fauzana, Hafiz tampil dedah perkara sebenar..

Pada: Khamis, 8 September 2016
Berita Artis, Calon Suami, Deejay Radio, Fara Fauzana, Pelakon,
Difahamkan calon suami Fara Fauzana, Mohamed Hafiz tampil memberitahu media yang dia menafikan sudah berkahwin seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan.

Bagi Hafiz ini satu fitnah buat dirinya dengan Fara Fauzana.

“Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan media. Saya tidak pernah berkahwin dan tidak pernah merahsiakan status perkahwinan saya dari Fara Fauzana”

“Pertama, saya tidak menghadiri sidang media bersama Fara berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,” katanya kepada Berita Harian Online

Tag : Berita Artis , Calon Suami , Deejay Radio , Fara Fauzana , Pelakon

loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...