loading...

Friday 30 September 2016

Azharina Terkejut Rakan Hadiah Kereta Untuk Anaknya




PENYANYI yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar terkejut besar apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dihantar kepada rumahnya sebagai hadiah untuk anak lelakinya sempena hari jadi, semalam.



Tambahan pula, anaknya Rahman Azharin Aziz baru berusia dua tahun.



Menurut Azharina, hadiah ‘besar’ itu diberikan oleh sahabat baiknya. Namun, bintang itu tidak didedahkan sama ada lelaki ataupun perempuan.



“Saya tak pernah meminta untuk mendapatkan hadiah itu dan hingga sekarang saya masih terfikir mengenai perkara itu. Kadang-kadang timbul rasa malu jika orang beranggapan sebaliknya.




“Apa pun saya percaya ini adalah rezeki anak dan takkan nak menolak pula.



“Saya memiliki beberapa buah kereta dan semuanya dibeli hasil titik peluh sendiri. Sepanjang hidup saya, belum pernah mendapat hadiah mewah, tetapi Rahmat yang baru berusia dua tahun sudah ada yang memberikannya hadiah sebegitu,” katanya Harian Metro.



Pada masa yang sama, Azharina berjanji akan menjaga pemberian itu sebaik  mungkin.



Azharina bagaimanapun, enggan mendedahkan harga dan model kenderaan yang diterima anaknya itu.


loading...

0 comments:

Post a Comment

loading...