loading...

Tuesday, 30 August 2016

Kau Tu Anak Zina,Anak Haram Mana Boleh Jadi Imam

Kau Tu Anak Zina,Anak Haram Mana Boleh Jadi Imam|Itulah tengkingan yang diterima oleh salah seorang ayah sahabat penulis  di salah sebuah masjid kampung yang di rahasiakan baru baru ini.katanya dalam kejadian itu bapanya akur meskipun orang lain tidak sependapat dengan individu yang menegur ayahnya tersebut.
Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku dalam masyarakat islam berikut penjelasan hukum menjadi imam pada anak zina yang di kutip dari utusan online.
Bolehkah seorang anak hasil penzinaan menjadi imam solat?
Anak zina tidak berdosa, sebaliknya dosa itu ditanggung oleh pasangan yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Hukum mengenai anak hasil zina menjadi imam, para ulama berbeza pendapat dalam isu ini. Ada yang berpendapat bahawa hukumnya adalah harus.
Ini kerana beberapa riwayat hadis tidak menyebut bahawa anak hasil zina tidak boleh menjadi imam solat. Contohnya riwayat hadis menyebut tentang insan yang paling baik bacaan. Juga riwayat hadis menyuruh agar bersolat di belakang setiap insan yang mengucap kalimah tauhid.
Manakala dalam riwayat hadis lain, disebutkan ciri-ciri secara khusus. Turutannya adalah orang yang paling baik bacaan al-Quran atau banyak hafazan al-Quran, orang yang paling faham tentang sunnah Nabi SAW, orang yang paling awal berhijrah dan orang yang lebih tua. Dalam riwayat hadis ini tidak disebut bahawa anak hasil zina tidak boleh menjadi imam solat.
Namun ada yang berpendapat hukumnya makruh. Ini kerana anak hasil zina biasanya tidak dididik dengan baik. Ini kerana anak sebegini tidak mempunyai keluarga dan bapa.
Secara mudah, umat Islam biasanya agak teliti dalam pelantikan seseorang imam. Ini kerana imam mempunyai kedudukan yang mulia dalam masyarakat Islam. Imam bertindak sebagai imam solat, khatib solat Jumaat, memberi nasihat, mengajar al-Quran dan ilmu agama, tempat rujukan masyarakat Islam setempat dalam isu agama dan sebagainya.
Maka dengan tugasan sebegini, agak sukar bagi anak hasil zina memimpin masyarakat. Namun sekadar imam biasa yang bukan lantikan rasmi, kemungkinan tiada isu besar. Maka tidak mengapa untuk diminta seseorang anak hasil zina menjadi imam solat. Menyentuh mengenai pelantikan rasmi, maka sewajarnya hendaklah dielakkan anak hasil zina menjadi imam solat.

loading...

#TAMBAHILMU SUAMI ISTERI MASIH DIANGGAP BERZINA SEPANJANG PERKAHWINAN MEREKA JIKA ....


ZlNA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL... BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA. HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN. 

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.

Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting: 


Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? 
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. 

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? 
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah. 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? 
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? 
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? 
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... 

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam... 

SUMBER : USTAZ ROSLI AL HAFIZ
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

loading...

JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BERUSIA DIBAWAH 40 HARI DALAM FACEBOOK.


UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1.Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

loading...

Mira Filzah dan Fattah Amin berkongsi jiwa bersama?

Jika sebelum ini pernah digosipkan dengan Zizan Razak dan Ben Ali, terbaru Mira Filzah didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Fattah Amin pula. Malah beliau juga dikatakan penyebab hubungan pelakon itu dengan Sherry Ibrahim putus. Bagaimanapun, Mira menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar kerja.
“Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan hanya atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali. Saya selesa berkawan dengan semua orang”
“Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin. Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz, memang tiada kaitan dengan Fattah,” katanya kepada Berita Harian Online.
Terdahulu, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sebenarnya sudah lama ingin memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya itu kerana sudah tidak tahan dengan sikap dramatis wanita itu yang dikatakan kuat cemburu dan terlalu mengongkong. Selain itu Fattah juga kini membuka syarikat pengurusan artis dan menarik Mira untuk bernaung.
Namun Mira ketika ditanya mengenai penyertaan beliau ke syarikat pengurusan itu, beliau menafikan dakwaan mengatakan beliau menyertai syarikat itu kerana ajakan Fattah semata. Jelasnya, beliau memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama.

loading...

Kisah Sebenar Disebalik Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Gadis Kemboja.

Ini adalah sebuah kisah benar yang diceritkan kepada penulis oleh seorang guru wanita,anda baca,hayati dan mungkin boleh ambil manfaat dari cerita benar dibawah.
Bismillahirrahmanirrahim… Baiklah sini saya nak cerita sikit pasal rahsia kecantikan wanita-wanita Kemboja. Ditakdirkan oleh Allah swt pada satu hari saya kenal satu keluarga yang berasal dari Kemboja. Mereka sudah lama menetap di Malaysia dengan melakukan bermacam-macam perniagaan termasuk menjual pakaian.
Selepas melihat gelagat wanita-wanita mereka. Lalu terlintas dihati, cantik sungguh wanita-wanita mereka walaupun sudah berumur.
Tanpa segan silu saya terus bertaya Kenapa kulit muka makcik-makcik Kemboja ini cantik-cantik yer?salah seorang makcik ketawa dan menjawab Sebab orang Kemboja suka amalkan memakan herba. Jika nak kulit cantik kena makan herba asli, jika sakit pun amalkan makan herba.. insya Allah sihat dan cantik.
Makcik Kemboja yang brumur lingkungan 50 tahun ini terangkan lagi Jika nak kulit muka nampak cantik, halus, putih dan bercahaya pun kena pakai krim muka herba.
Dengan murah hati dia berikan pada saya satu krim muka herba yang diproses sendiri untuk kegunaan sendiri. Hanya di dalam bekas yang agak “simple” kelihatan seperti bekas ubat kudis yang kita boleh dapat di hospital.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus

About Shiro Fans

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

loading...

Monday, 29 August 2016

Manisnya Nora Danish bertudung (6 gambar)

Pada: Selasa, 30 Ogos 2016
Artis Janda, Fesyen Tudung, Gambar Artis, Model, Nora Danish, Pelakon, Tudung,

Tag : Artis Janda , Fesyen Tudung , Gambar Artis , Model , Nora Danish , Pelakon , Tudung

loading...

Adira bakal diceraikan? kahwini Ruhainies? ini jawapan Datuk Red

Pada: Selasa, 30 Ogos 2016
Adira AF, Gossip Artis, Pelakon, Penyanyi, Perkahwinan Artis, Poligami, Ruhainies,
Datuk Seri Adnan Abu aka Datuk Red menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan Adira Suhaimi untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Datuk Red menegaskan yang dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

"Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : Adira AF , Gossip Artis , Pelakon , Penyanyi , Perkahwinan Artis , Poligami , Ruhainies

loading...
loading...